Loading
0%

Bagaimanakah proses pemandulan dilakukan?

Pemandulan dilakukan melalui proses pembedahan, yang dilakukan dibawah pengaruh anestesia, dengan bertujuan untuk menghalang keupayaan kucing tersebut membiak.


Ia adalah prosedur kekal :
Kucing yang telah dimandulkan tidak lagi dapat mempunyai zuriat.

Kucing Jantan

Pengasian dilakukan dengan cara membuang kedua-dua testikel dengan membuat pemotongan di kantung zakar.

Kucing Betina

Pembedahan akan dilakukan sama ada untuk membuang ovari sahaja (ovariectomy) atau ovari dan uterus sekaligus (ovariohysterectomy).

Waktu terbaik untuk mandulkan kucing anda

*Bawalah kucing anda berjumpa doktor haiwan bagi mendapatkan prosedur terbaik dan sesuai untuk mereka.

Perubahan keperluan nutrisi untuk kucing yang telah dimandulkan

Pastikan kucing anda sihat selepas pemandulan

Kurangkan pengambilan kalori sebanyak 25 – 33% dengan mengurangkan jumlah pengambilan makanan atau menukar diet kepada rendah densiti; contoh diet untuk kucing mandul.

Kegagalan untuk mengawal pengambilan kalori yang mungkin diburukkan lagi dengan makanan yang tidak mengenyangkan, terutamanya yang mempunyai rasa yang enak, padat dengan tenaga & sentiasa tersedia.

5–10 minit waktu bermain secara aktif sekali atau dua kali sehari pastinya akan meningkatkan keperluan kalori.

Perkenalkan Royal Canin® Neutered Satiety Balance & Skin Hairball Veterinary Diet bagi menjamin kesihatan kucing anda pada kadar optimum dan mengekalkan bulu yang cantik selepas mereka dimandulkan.

Gabungan serat yang terpilih, mampu menghadkan pengambilan makanan secara berlebihan, dengan meningkatkan jarak masa antara waktu makan, dan mengurangkan pengambilan tenaga.

Membantu untuk mengekalkan berat yang ideal dengan formula rendah kalori.

Diet yang kaya dengan Psilium akan meningkatkan kelikatan dan membantu memerangkap bulu di dalam saluran penghadaman. Dan serat yang tidak terlarut akan menggiatkan peristaltism yang normal. Ia membantu menghapuskan bulu yang tidak hadam di dalam najis.

Kombinasi antara niasin, kolin, histidine dan asid pantotenik membantu mengurangkan kehilangan air serta menguatkan kesan rintangan pada bahagian kulit.

Kami turut bekerjasama dengan organisasi lain di dalam industri ini, yang mempunyai hala tuju yang sama, untuk menyertai kempen ini.

Rakan kongsi kami:

SPCA Selangor adalah badan kebajikan yang diakui dan diyakini membela nasib haiwan terbiar dan berpangkalan di Ampang Jaya, Selangor, Malaysia.

Persatuan Penyayang Haiwan Petaling, Selangor (AnimalCare) ditubuhkan bagi mempromosi dan mempraktikkan CNRM (Care-Neuter-Rehome/Return-and-Manage) untuk haiwan jalanan.

International Cat Care (www.icatcare.org) adalah pertubuhan kebajikan antarabangsa. Program kawalan kesihatan yang dianjurkan mereka, memperjuangkan peningkatan tahap kebajikan dan kesihatan kucing seantero dunia.