Loading
0%

Pertumbuhan gigi

Anak kucing selalunya lahir tidak bergigi.

Gigi susu hanya muncul, ketika anak kucing berusia 2-3 minggu. Gigi kekal pula akan mula menggantikan gigi susu ketika mereka mencapai usia 16 minggu.

Gigi Susu Anak Kucing

Gigi Kekal Kucing Dewasa

Tanda-tanda gigi yang sihat

Gusi kucing anda mestilah bewarna merah jambu tanpa ada kesan kemerahan atau pendarahan pada bahagian bawah gusi.

Nafas tidak berbau

Gigi susu berbentuk tajam dan sama antara satu dan lain.

Kucing anda tidak sepatutnya berasa tidak selesa ketika makan.

Gigi bewarna putih & bersih dan tidak luntur.

Gigi kekal tidak begitu tajam dan bentuknya berbeza bergantung kepada jenis gigi (gigi kacip, gigi taring, geraham kecil & gigi geraham)

Plak & Tartar

Plak terhasil daripada campuran bakteria didalam mulut, sisa makanan & protein air liur yang melekat pada permukaan gigi. Apabila keras, ia akan menjadi tartar.

PENTING!

Bila anda memeriksa mulut kucing anda atau memberus gigi mereka, pastikan:

1 mereka membelakangi anda;

2 Berhenti sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan/tertekan

Lawatan ke klinik haiwan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan informasi, kerana doktor veterinar akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh dan memberi nasihat tentang aspek penjagaan gigi.

Perkenalkan Royal Canin® Feline Dental Veterinary Diet yang sentiasa menjamin kesihatan gigi kucing anda.

Disyorkan untuk:

  • Kebersihan mulut secara harian
  • Plak & tartar pada gigi
    (untuk menghadkan pembentukan)
  • Nafas berbau

TIDAK disarankan untuk kes-kes berikut:

  • Sakit buah pinggang yang kronik (CKD)
  • Sakit jantung**
    **apabila terdapat sekatan terhadap pengambilan garam
  • Ketumbuhan, Bunting/Laktasi

*Gorrel C, Robinson J. Periodontal technique and extraction technique. In Crossley, Penman: British Small Animal Association, Manual of Small Animal Dentistry, Gloucester, UK, 1995: 139-149

Kami turut bekerjasama dengan organisasi lain di dalam industri ini, yang mempunyai hala tuju yang sama, untuk menyertai kempen ini.

Rakan kongsi kami:

SPCA Selangor adalah badan kebajikan yang diakui dan diyakini membela nasib haiwan terbiar dan berpangkalan di Ampang Jaya, Selangor, Malaysia.

Persatuan Penyayang Haiwan Petaling, Selangor (AnimalCare) ditubuhkan bagi mempromosi dan mempraktikkan CNRM (Care-Neuter-Rehome/Return-and-Manage) untuk haiwan jalanan.

International Cat Care (www.icatcare.org) adalah pertubuhan kebajikan antarabangsa. Program kawalan kesihatan yang dianjurkan mereka, memperjuangkan peningkatan tahap kebajikan dan kesihatan kucing seantero dunia.