Loading
0%

Lemak berlebihan memberi kesan negatif pada kesihatan kucing anda

  • Sukar untuk bersenam dan tidak menyenangkan

  • Kualiti kehidupan kucing anda akan merosot dan jangka hayat mereka akan singkat

  • Ia akan meningkatkan risiko penyakit (seperti diabetis, sakit tulang & sendi dan masalah pundi kencing)

Kami turut bekerjasama dengan organisasi lain di dalam industri ini, yang mempunyai hala tuju yang sama, untuk menyertai kempen ini.

Rakan kongsi kami:

SPCA Selangor adalah badan kebajikan yang diakui dan diyakini membela nasib haiwan terbiar dan berpangkalan di Ampang Jaya, Selangor, Malaysia.

Persatuan Penyayang Haiwan Petaling, Selangor (AnimalCare) ditubuhkan bagi mempromosi dan mempraktikkan CNRM (Care-Neuter-Rehome/Return-and-Manage) untuk haiwan jalanan.

International Cat Care (www.icatcare.org) adalah pertubuhan kebajikan antarabangsa. Program kawalan kesihatan yang dianjurkan mereka, memperjuangkan peningkatan tahap kebajikan dan kesihatan kucing seantero dunia.